Suami bin Lelaki
17, Jalan
Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.
Isteri binti Perempuan
17,
Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.
31 April 2006
Puan,
PERKARA
: PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
Perkara di atas adalah di rujuk.
2.
Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin
melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini
kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan,
eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi
satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang
merupakan
setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan
di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di
dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi
di masa akan datang.
3. Untuk makluman pihak puan, yang
sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan
poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu
permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan
permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit
pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah
hilang selama ini.
4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan
kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak
ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin
puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah
bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian
besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar
menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan
lain kebahagiaan kita ini.
5. Pihak puan juga dapat menikmati
faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati
apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat
dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti
rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga.
Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana
dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau
aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada
hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?
6. Segala
kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih.
Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini
kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini
bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan
senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas
kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi,
pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan
pihak puan untuk melakukannya.
7. Saya harap puan sudi meluluskan
permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita
menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun
lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima
orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu
menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap
urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya
sepenuhnya.
8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat
dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga
akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.
Sekian,
Terima Kasih.
"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG
RUMAHTANGGA BAHAGIA"
Yang Ikhlas Memohon,
Suami bin Lelaki