
Baru-baru ini serbuan penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan ke atas dua buah syarikat yang memasarkan produk yang disasarkan kepada wanita yang bercita-cita untuk menjadi putih, menawan dan cuba 'merubah' menjadi lebih 'cantik'.
Sebagai makluman kepada pembaca, entry ini saya tumpukan kepada usaha pendidikan dan kesedaran di kalangan pengguna yang masih tidak memahami atau cuba untuk memahami implikasi / kesan dari penggunaan produk yang mengandungi bahan di bawah Akta racun 1952.
Panduan:
HYDROQUINONE
- sejenis persediaan bahan kimia yang boleh didapati di dalam kosmetik. Penggunaan hidroquinone adalah untuk membunuh melanocytes , sejenis sel yang bertindak menghasilkan melanin. Untuk itu kulit akan kelihatan cerah dan semakin putih.
- hydroquinone adalah sangat toksik dan merupakan bahan kimia yang sangat kuat, juga digunakan dalam proses foto, 'herbicides' , pemprosesan getah dan pemprosesan 'hair dyes'.
Kesan sampingan hydroquinone
- penghitaman kawasan kulit , terutama jika terdedah kepada cahaya matahari atau cahaya UV tiruan.
- kawasan kulit boleh terluka, terbakar , kering dan gatal sebelum kimia racun itu menyerap lebih jauh ke dalam muka.
- turut menyebabkan kesan sampingan maut lain iaitu sesak nafas, serangan lelah, bengkak bibir, muka dan lidah serta ruam.
- jika terkena mata, ia turut boleh menyebabkan mata kesan terbakar dan menjejaskan penglihatan. Penggunaan untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan kulit menghitam.
- juga boleh menghalang proses pigmentasi di mana proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit.
TRETINOIN
- merupakan bahan kimia terbitan vitamin A dan biasanya digunakan dalam rawatan jerawat (acne vulgaris)
kesan sampingan tretinoin
- rasa terbakar pada kulit, gatal, kulit menggelupas dan kekringan, jeragat hitam bertambah dan kulit menjadi sensitif kepada cahaya ultra violet.
Kesatuan Negara-negara Eropah EU, mengharamkan penggunaan hydroquinone sejak dahulu lagi.
Di Malaysia, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan tidak akan mendaftarkan kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan produk ini diklasifikasikan sebagai produk yang tidak berdaftar.
untuk bacaan lanjut sila ke sini http://ondscene.blogspot.com/2010/05/ops-black-face.html..
' so bagi wanita yang bercita-cita yang nk putih sangat kulit muka tu..awas dan hati2lah, mungkin ruangan ini tidak berapa sesuai, tp bagaimana pun utk para lelaki menghebahkan pada adik, girlfren,mak and kakak2 diorang...andainya korang menyayangi mereka.'